Friday, December 19, 2008

Malaysia ke Final - Sejarah baru tercipta!

Kejayaan pasukan bolasepak negara ke final Sukan Universiti ASEAN 2008 telah mencipta sejarah baru untuk pasukan itu sendiri mahupun kepada Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang menaungi sukan bolasepak universiti. Sejak pembabitan negara dalam kejohanan dwi tahunan berkenaan, ini merupakan kali pertama Malaysia melangkah ke perlawanan akhir. Pencapaian terbaik negara ialah apabila melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir dalam kejohanan di Surabaya, Indonesia pada tahun 2004 dan memenangi pingat gangsa setelah menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia.
Pencapaian ini seterusnya mendorong para pemain untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan sejarah tercipta sebagai barisan pertama negara yang memenangi pingat emas dalam kejohanan Sukan Universiti ASEAN. Sekalipun beraksi dalam pentas yang berbeza, para pemain berazam untuk memberikan persembahan terbaik demi mengembalikan keyakinan dan maruah bolasepak negara di persada dunia, insyaAllah.

2 comments:

Anonymous said...

Walaupun Team Malaysia kalah di Final SUA 2008..mereka tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi SYABAS MALAYSIA dan terima kasih COACH Azman n the gang kerana membawa MALAYSIA ke tahap yang lebih tinggi...MALAYSIA POWER!!!

Anonymous said...

Terima kasih juga di atas doa dan sokongan dari saudara serta pihak yang telah menyokong dan memberi dorongan semangat kepada pasukan negara. Teruskan sokongan, insyaAllah kejayaan bakal menyusul..